Gambar 2 :
Empangan Sungai Selangor
Empangan Kuala Kubu Bharu ini adalah salah satu destinasi yang cantik untuk dikunjungi. Empangan ini sangat luas dan mempunyai pemandangan flora yang pasti memukau. Perjalanannya hanya beberapa kilometer daripada Pekan Kuala Kubu Bharu. Jika anda melalui jalan untuk ke Bukit Fraser pasti anda akan terpegun dengan keindahan empangan ini.
ALOR LEMPAH, AMPANG PECAH
Gambar 3 : Air
Terjun buatan manusia
Salah satu tempat
menarik untuk dikunjungi. boleh bermandi-manda, memancing, mengambil gambar dan
berkelah bersama keluarga. Hayatilah keindahan alam semulajadi ciptaan
Tuhan.
Terdapat ramai orang akan dating ke kawasan ini untuk merehatkan diri bersama keluarga. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut klik disebelah ini. http://dadaiq-j8.blogspot.com/2011/02/trip-to-frasers-hill-via-kuala-kubu.html
BUKIT
KUTU
Gambar 4 :
Bangunan tinggalan British di Bukit Kutu
NAMANYA
mungkin kedengaran sedikit lucu, namun Bukit Kutu tetap mempunyai keistimewaan
yang tersendiri.
Terletak
di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, lokasi itu saban minggu sering menjadi
tumpuan para penggemar dan penggiat rekreasi serta pencinta alam khususnya dari
sekitar Lembah Klang.
Semuanya
disebabkan keindahan alam semula jadinya yang unik dan masih kekal terpelihara
sehingga kini.
Mempunyai
ketinggian kira-kira 1,090 meter dari paras laut, puncak Bukit Kutu
menghidangkan panorama alam yang menarik kunjungan pelawat.
Selain
kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna, di situ juga pengunjung boleh
melihat beberapa kesan peninggalan sejarah semasa era pemerintahan British suatu
ketika dahulu.
Jika cuaca baik, kemungkinan besar boleh melihat panorama sekitar Empangan Hulu Selangor, pekan Kuala Kubu Bharu dan kawasan pergunungan berhampiran seperti Gunung Rajah dan Gunung Ulu Semangkuk.
Jika cuaca baik, kemungkinan besar boleh melihat panorama sekitar Empangan Hulu Selangor, pekan Kuala Kubu Bharu dan kawasan pergunungan berhampiran seperti Gunung Rajah dan Gunung Ulu Semangkuk.
TAMAN REKREASI MILLENIUM
Gambar 5 : Tasik Millenium
Merupakan salah satu tempat rekreasi yang terdapat di KKB.
Tempat ini merupakan tapak bekas lombong yang telah ditambak dan dijadikan
tempat rekreasi. Berdekatan dengan Darul Quran.
Aktiviti yang boleh dijalankan disini seperti berjoging,
memancing, berkelah, flying fox, bola sepak dan berbasikal.
Tempat ini biasanya penuh
dengan pengunjung pada hari minggu dan cuti sekolah. Tempat ini merupakan tempat kebiasaan penduduk di situ berjoging pada waktu petang dan membawa keluarga mereka berjalan-jalan pada waktu petang.
SANTUARI IKAN KELAH, SUNGAI
CHILLING
Gambar 6 : Air
Terjun Sungai Chiling
Ini adalah Santuari
Ikan Kelah, Sungai Chiling. Sungai ini terletak di Kuala Kubu Bharu menuju ke Bukit
Fraser.
Anda boleh berkelah,
jungle trekking, memberi makanan ikan, menaiki jambatan gantung, menyeberangi
sungai dan berenang.
Anda juga boleh
menikmati air terjun di sini.
Anda juga boleh melihat antara pemilik-pemilik blog yang pernah pergi ke Santuari Ikan Kelas, Sungai Chiling ini dengan klik di sebelah http://ohm-jurnal.blogspot.com/2013/04/rs-bukit-kutubbq-sgpertak-mandi-manda.html dan http://akubiomed.com/adventure-air-terjun-santuari-ikan-sungai-chiling/
baik
ReplyDelete